Connect with us

Global

Wanita Hilang Ditemui Sedang Ketawa Sambil Berdiri Atas Bumbung Rumah, Dipercayai Dirasuk

Indonesia– Seorang wanita yang dilaporkan hilang ditemukan di atas bumbung sebuah rumah penduduk sambil ketawa terbahak-bahak di Kampung Sukaoneng, Kecamatan Tambak, Pulau Bawean, Gresik, semalam.

Memetik laporan Detik.com, wanita yang berpakaian serba putih biru telah mengejutkan penduduk kampung berkenaan.

Difahamkan, wanita itu pada awalnya hilang dari rumahnya pada Sabtu lalu sebelum ditemui oleh penduduk kampung di atas bumbung sebuah rumah.

Kelibat wanita itu berjaya dirakam melalui sebuah telefon bimbit.

Advertisement

Salah seorang penduduk kampung Sukaoneng mendakwa wanita terbabit seringkali dirasuk dan menghilangkan diri.

Wanita Dipercayai DirasukGambar: Detik.com
“Hilang sejak semalam, dia baru ditemukan di atas rumah penduduk hari ini selepas maghrib.

“Suaminya yang selesai menunaikan solat maghrib turut terkejut selepas mendengar khabar berita isterinya yang berada di atas rumah itu,” katanya.

Susulan itu, sebahagian penduduk kampung cuba memujuk wanita itu untuk turun sebelum seorang penduduk kampung berjaya naik ke atas atap dan membawanya turun kemudian.

Meskipun berjaya dipujuk turun sekitar jam 1 pagi, namun wanita terbabit disyaki sedar sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.

Advertisement

“Wanita itu dipercayai dirasuk jin dari Sungai Odeng berdekatan lokasi dia ditemui,” kata isteri Ketua Kampung Sukaoneng.

Terdahulu, dia juga didakwa pernah ditemukan di kampung lain di Desa Pekalongan Kecematan Tambak sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarga.

Sumber: Detik.com, Serambinews, Soalapkeli

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel