Connect with us

Kemalangan

Wanita Dan Bayi Tiga Bulan Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

IPOH — Seorang wanita dan bayi berusia tiga bulan maut manakala suaminya cedera parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki dipercayai bertembung dengan kereta jenis Mercedes dari arah bertentangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata wanita yang meninggal dunia dikenali sebagai Nor Syahira Mohd Fadhail, 23, beralamat di Kedah manakala suaminya Amyroul Shah Huszaiery, 23, beralamat di Putrajaya.

“Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bagi kerja-kerja menyelamat sebaik menerima panggilan pada pukul 12.46 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anggota bomba yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Saiful Yazan Shahril bertindak mengeluarkan Amyroul Shah yang tersepit di bahagian pemandu menggunakan peralatan khas dan operasi tamat pada pukul 2.54 petang.

Advertisement

Menurutnya lelaki yang memandu kereta Mercedes mengalami kecederaan ringan dan mereka yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan manakala dua yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel