Connect with us

Kemalangan

‘Allahuakbar! Sumpah, saya tak tinggal awak yang’ – suami meraung lihat isteri rentung depan mata

“Allah, Allahuakbar. Yang (sayang), saya tak tinggal awak yang…Allah. Sumpah, saya tak tinggal awak yang, Allah… Itu bini saya bang… Allah Allah Allah.” Itulah jeritan seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan ngeri di kilometer 45.7 LebuhrayaUtara Selatan arah Selatan di sini, yang meraung sambil memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang terbakar.

“ALLAH, bini saya bang. ALLAHuakbar sayang. ALLAHuakbar,” katanya.

Menerusi video menyayat hati berdurasi satu minit 37 saat itu yang tular di Facebook, lelaki itu menyatakan dia tidak akan meninggalkan isterinya. Lelaki terbabit bagaimanapun ditenangkan pengguna jalan raya lain dan dibawa ke kawasan lebih jauh berikutan api yang sangat marak.

Difahamkan dalam kejadian tersebut seorang wanita rentung apabila kereta yang dinaiki terbakar selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, malam tadi.

Advertisement

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.47 malam.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori dan dua buah kereta jenis Proton Wira dan Proton Preve.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah lori jenis Isuzu terbakar 70 peratus manakala Proton Wira terbakar sebanyak 90 peratus akibat kemalangan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jelasnya, penumpang kereta Proton Wira tersepit dan ditemui rentung manakala pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, pemandu lori dan pemandu Proton Preve selamat.

Advertisement

Sejak malam tadi, tular rakaman video menyayat hati memaparkan seorang lelaki meraung sambil memaklumkan isterinya berada di dalam kereta yang terbakar dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.

@malaysianupdatenews ‘Allahuakbar! Sumpah, saya tak tinggal awak yang’ – suami meraung lihat isteri rentung depan mata. #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp #iklantiktokrm15 ♬ suara asli – BOW STORE –

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel