Connect with us

Kemalangan

Pemandu lori terlibat kemalangan dua rentung direman empat hari

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dan dua orang maut terbakar di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Sedenak dua hari lepas, ditahan reman empat hari.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“(bagaimanapun) identiti mangsa kedua yang terbakar dalam kemalangan itu masih tidak dapat disahkan. Kita juga sedang dalam proses mengenal pasti mayat kedua,“ katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Kemalangan itu yang berlaku pada 7.47 malam telah mengorbankan Nurul Nazihah, 28, dan seorang lagi individu yang belum dikenal pasti identitinya, bagaimanapun empat yang lain terselamat.

Advertisement

Wanita itu ditemukan tersepit dalam Proton Wira yang dinaikinya, manakala seorang lagi mangsa dalam Toyota Vios. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel