Connect with us

Jenayah

Gara-gara terberak atas tilam, budak 4 tahun didera bapa angkat

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disyaki didera oleh bapa angkatnya kerana berang dengan mangsa yang membuang air besar di tilam, selain tidak mahu makan, dalam kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan dari seorang saksi iaitu remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga adik ipar lelaki terbabit yang tinggal bersama dengan suspek sejak sebulan lalu.

Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 30 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan telah memukul mangsa sejak September dan kali terakhir pada jam 7 malam kelmarin.

Difahamkan, saksi terdahulu menegur kakaknya dan suspek memarahi mangsa sehingga tercetus pergaduhan. Saksi mendakwa, dia pernah melihat suspek memukul mangsa.

Advertisement

“Mangsa dijaga oleh kakak pengadu sejak berusia lima bulan yang diserahkan oleh seseorang yang tidak dikenali secara sukarela.

“Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan, dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek. Mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya.

Bertindak di atas laporan yang diterima, polis telah menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam lima petang semalam.

Keputusan ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dan suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel