Connect with us

Jenayah

6 remaja lelaki mengaku salah rogol pelajar berusia 14 tahun

BACHOK – Enam remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, manakala dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Dua dalam kejadian di Tawang di sini, antara pertengahan Ogos hingga September lepas.

Kesemua enam remaja yang berusia 15 tahun itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun itu di sebuah bilik di kedai makan di Jelawat di sini antara 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi pada pertengahan Ogos hingga September.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Advertisement

Setiap tertuduh masing-masing didakwa dua hingga tiga pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hakimie Ab Hadi dan kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norizaidah Abdul Salam.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM2,000 untuk setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, dua lagi tertuduh berusia 18 tahun yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pula mengaku tidak bersalah merogol mangsa pada tarikh dan lokasi yang sama, di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Hakim Mohd Zul membenarkan seorang daripada tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala seorang lagi tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Advertisement

Mahkamah menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes kedua-dua tertuduh itu. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel