Connect with us

Jenayah

Lelaki maut selepas bergaduh

Parit Buntar: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas terbabit pergaduhan dengan seorang lelaki dikenali di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Hudri Mohd Arshad, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 5 petang di mana mangsa berusia 47 tahun dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya susulan kejadian itu pihaknya yang menjalankan siasatan menahan seorang suspek berusia lingkungan 40-an yang juga penduduk tempatan.

“Berdasarkan siasatan awal, sewaktu kejadian, terdapat empat saksi yang juga penduduk setempat cuba meleraikan pergaduhan.

Advertisement

“Selepas dileraikan, mangsa dikatakan berjalan ke motosikalnya namun rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis juga tidak menemukan sebarang senjata tumpul atau tajam dan punca kematian masih dalam siasatan, “katanya ketika ditemui media.

Menurutnya, mayat mangsa akan di bawa ke Hospital Ipoh untuk proses bedah siasat.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tinjauan media di lokasi mendapati Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak tiba pada jam 8.55 malam dan difahamkan mayat mangsa akan dibedah siasat pada jam 9 pagi esok.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel