Connect with us

Jenayah

Pasangan suami isteri warga asing ditahan seludup barangan kawalan

TANAH MERAH: Pasangan suami isteri warga asing ditahan selepas cuba menyeludup keluar barangan kawalan melalui pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Azman Ismail berkata pasangan berumur 30-an itu ditahan penguat kuasa agensi berkenaan yang melaksanakan Op Bersepadu bersama Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) bermula 8 pagi hingga 6 petang.

“Semasa operasi, kenderaan dinaiki oleh kedua-dua suspek berada dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu menemukan 530 kilogram (kg) tepung gandum bernilai RM1,272.

“Pemeriksaan turut menemukan minyak masak paket 1 kg berjumlah 102 kg bernilai RM255,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Azman berkata susulan penahanan itu, kenderaan dinaiki suspek bernilai RM80,000 turut dirampas.

“Kedua-dua suspek telah direman empat hari bermula hari ini hingga Khamis (27 Okt) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM2 juta bagi perbadanan,“ katanya. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel