Connect with us

Jenayah

Tular imej lelaki ‘tersenyum puas’ lepas bunuh rakan sekerja

JAKARTA: Seorang lelaki sanggup merancang dan membunuh rakan sekerjanya hanya disebabkan mereka berbeza pandangan mengenai urusan kerja.

Christian Rudolf Tobing didakwa membunuh rakan sekerjanya yang dikenali sebagai AYR di sebuah rumah di Cempaka Putih, Jakarta Pusat sebelum membuang mayat mangsa di kawasan tol di Bekasi, Jawa Barat.

Polis Metro Jaya mendedahkan beberapa fakta mengenai kes pembunuhan tersebut yang disifatkan sebagai jenayah terancang.

Menurut polis, selain AYR, Rudolf turut menyasarkan dua lagi rakan sekerjanya yang tidak disukainya.

Advertisement

Namun, niat buruk suspek tidak kesampaian apabila dia ditahan polis selepas membunuh AYR.

Jurucakap polis, Hengki Haryadi berkata, suspek pada awalnya merancang menggunakan khidmat pembunuhan upahan kerana harga yang ditetapkan terlalu mahal.

“Disebabkan itu, suspek belajar dari internet bagaimana untuk membunuh mangsa secara senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi selama tiga hari.

“Sebelum membunuh mangsa dengan cara menampar dan mencekiknya hingga mati, suspek turut memaksa AYR memindahkan duitnya berjumlah 19.5 juta rupiah (RM5,932), malah turut meminta keluarga mangsa memindahkan lagi 10 juta rupiah (RM3,042) ke dalam akaunnya,” katanya.

Jelas Hengki, suspek merancang menggunakan kesemua duit tersebut untuk membunuh dua lagi rakan sekerjanya, namun gagal kerana Rudolf gagal menjerat mereka.

Advertisement

Selain itu, menerusi rakaman kamera litar tertutup di kawasan rumah tersebut, dapat dilihat suspek tersenyum ketika memasuki lif sambil menolak troli berisi jasad mangsa dan beberapa barangan lain.

Sumber: Utusan

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel