Tiga keluarga maut kemalangan, rempuh lori baiki jalan

MELAKA – Nahas maut membabitkan tiga beranak di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini, pagi tadi berlaku selepas kereta dinaiki mangsa merempuh sebuah lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq, setahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Honda Jazz dinaiki keluarga itu merempuh bahagian belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori terbabit telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.

Advertisement

“Bagaimanapun kereta dinaiki tiga beranak itu telah datang dari arah belakang dan merempuh lori terbabit,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Jelasnya, akibat rempuhan itu ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Tambahnya, pasangan suami isteri berkenaan merupakan jururawat yang bertugas di Hospital Pakar KPJ Puteri dan KPJ Johor di Johor Bahru.

“Kita turut dimaklumkan keluarga tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti,” katanya.

Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah dan proses bedah siasat sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Sumber: Kosmo! Online

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami KecederaanDisimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

16 mins ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

4 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

10 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago