Connect with us

Kemalangan

Mimpi ayah petanda tiga beranak akan pergi buat selama-lamanya

ALOR GAJAH: Mimpi seorang ayah melihat anak perempuan, menantu serta cucunya sekeluarga berpakaian hitam putih, menjadi petanda bahawa tiga beranak itu akan pergi untuk selama-lamanya.

Abd Rajak Sakiman, 66, berkata beliau mendapat mimpi itu dua minggu lepas dan sejak itu mulai merasa tidak sedap hati.

Katanya beliau mengetahui arwah sekeluarga sudah tiada hanya selepas tiba di Hospital Alor Gajah.

“Bila sampai sini (unit forensik) barulah saya tahu ketiga-tiga mereka dah tiada, terus saya jadi lemah,“ katanya mengenai kejadian yang menimpa anak kesembilan dari 10 adik beradik itu.

Advertisement

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Km216 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jejantas Ayer Keroh kira-kira pukul 11 pagi tadi, mengorbankan tiga beranak, Zubaidah Abd Rajak dan suami Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, masing-masing berusia 28 tahun serta anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi yang baru berumur setahun.

Abd Rajak berkata percutian ke Port Dickson itu dirancang arwah bersama adik-beradiknya yang lain, dan mereka bergerak dari Johor Bahru secara berkonvoi.

“Dua dari Muar dan dua lagi dari Johor Bahru. Saya gerak dari Muar sebab tinggal di situ dan arwah bergerak dengan kakaknya sebab tinggal di sana, tapi bila dah pukul 1.30 petang pun tak sampai-sampai, kami mula tertanya-tanya.

“Kami cuba telefon Zubaidah tapi tak terjawab, begitu juga dengan suaminya. Tak lama lepas tu, anak saya tunjuk satu pesanan WhatsApp dan beritahu Syafiq kemalangan,“ katanya.

Sementara itu salah seorang kakak Zubaidah berkata kali terakhir beliau bertemu dengan adiknya itu adalah di Plaza Tol Skudai pagi tadi dalam perjalanan ke Port Dickson, dan menurutnya beliau turut melihat ada sedikit ‘kelainan’ pada wajah arwah.

Advertisement

“Memang tidak sedap hati dan sejak arwah ajak pergi ke Port Dickson semalam, saya termenung. Teringatkan alamat sebelum ini, (mimpi bapa) yang melihat mereka dalam pakaian hitam putih,“ katanya yang dilihat gagal menahan air mata.

Beliau ditemui pemberita di perkarangan unit forensik Hospital Alor Gajah dengan ditemani beberapa ahli keluarga yang lain. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel