Connect with us

Jenayah

Individu dakwa mangsa dipukul sebab tinggalkan ibu sakit sendirian di rumah, keluar jumpa dengan kekasih

Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap penularan video yang menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh lelaki yang dikatakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di negeri itu.

Mohd Zaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai video tular itu tampil untuk memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang lelaki mendakwa sumbernya memaklumkan kejadian itu berpunca dari kesilapan mangsa sendiri yang dikatakan sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit di rumah hanya kerana mahu keluar bersama teman lelaki.

Advertisement

“Baru dapat ino dari seorang brother ni komen. Sebenarnya perempuan tu yang salah. Dia tinggalkan ibunya yang sedang sakit tenat bersendirian di rumah, semata-mata mahu berjumpa dengan boyfriend.

“Jadi, yang memukul mangsa itu adalah abang kandungnya sendiri. Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dari kisah di atas dan semoga tiada salah faham di antara kita semua,” katanya.

Terdahulu video itu yang tersebar meluas di laman sosial dan turut dikongsi pengarah terkenal Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad malam.

“Salam semua. OMG anak Cina mana ni? Please tangkap mamat ni dan juga yang pegang kamera tu… boleh rakam je.

“Walaupun kalau perempuan tu buat benda salah, kau tak payah la pukul anak orang macam tu. Apa nak jadi dengan dunia ini?

Advertisement

“Saya anggap jantan binatang tu Cina sebab hujung video tu tukang rakam ada cakap Cina. Kalau salah sorry,” ujarnya.

Selain Michael Ang, pengacara dan usahawan Neelofa turut berkongsi video sama menerusi Twitter miliknya.

Sumber: Harian Metro, Pyan To Letta, IG Michael Ang

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel