Connect with us

Global

Insiden Rempuhan Itaewon: Pelakon Lee Ji Han Dilaporkan Terkorban

Pelakon Korea Selatan, Lee Ji-Han yang juga dikenali sebagai peserta dalam rancangan televisyen Mnet Produce 101 Musim 2 dilaporkan turut terkorban dalam kejadian rempuhan yang berlaku di bandar Itaewon Sabtu lalu.

Memetik laporan Korea JoongAng Daily, berita itu disahkan sendiri oleh agensinya, 935 Entertainment dalam satu kenyataan.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarganya yang semestinya sedang berduka.

“Lee akan terus berada dalam ingatan kami, dia sentiasa tersenyum lebar dan menyapa orang dengan penuh semangat.

Advertisement

“Dia seorang yang sangat bijak dan baik hati, kami tidak percaya bahawa kami tidak dapat melihatnya lagi,” kata agensi itu.

Berusia 25 tahun, mendiang mula dikenali menerusi rancangan Produce 101 Musim 2 dan mula membuat kemunculan sulungnya sebagai pelakon pada tahun 2019 menerusi siri web “Today Was Another Nam Hyeon Day.”

Majlis pengebumiannya dilaporkan akan diadakan di dewan pengebumian Hospital Myongji, Gyeonggi pada petang Selasa.

Terdahulu, insiden rempuhan Itaewon itu dilaporkan telah meragut 154 nyawa termasuk 26 warga asing.

Angka kematian dijangka terus meningkat berikutan 33 mangsa mengalami kecederaan serius, manakala seramai 116 yang lain mengalami cedera ringan. Hampir semua mangsa yang maut juga telah dikenal pasti.

Advertisement

Rempuhan itu disifatkan sebagai insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam di perairan pantai selatan pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa.

Ia kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah menengah.

Sumber: Korea JoongAng Daily/SiakapKeli

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel