Connect with us

Hiburan

Netizen Kesiankan Fatin Afeefa Teresak-Esak Menangis Di Live

Sejak beberapa hari lalu kecoh di sosial media dengan isu melibatkan seorang pelakon dikenali sebagai Fatin Afeefa bersama bekas suaminya, Adam Shahz. Masing-masing tampil mempertahankan diri selepas terlibat dengan pelbagai kontroversi dan tuduhan.

Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shah telah bercerai sudah bertahun lamanya. Hasil pernikahan mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan perempuan.

Isu nafkah dan status anak menjadi antara yang perkara yang ditimbulkan. Perkara ini ditepis oleh Fatin Afeefa dan menegaskan mengenai status anaknya. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang diambil dari sesi live pelakon wanita ini telah membuatkan ramai simpati dengannya.

Dalam rakaman ini dipaparkan Fatin Afeefa menangis teresak-esak menepis segala tuduhan dan dakwaan kepadanya. Jelas kelihatan bukan mudah untuk mengawal emosi apabila ada tuduhan seberat ini pada anak sendiri.

Advertisement

Apatah lagi Fatin Afeefa sudah berapa tahun membesarkan anak-anaknya bersendirian di usia masih muda. Perkongsian rakaman ini membuatkan netizen kesiankan Fatin Afeefa atas apa yang perlu dilaluinya itu.

“Saya sudah tak nak hidup macam ini. Saya sudah berhenti berlakon, menyanyi pun sudah tiada.

“Dari awal tahun lagi saya sudah berhenti (berlakon). Saya tak mahu lagi kehidupan macam ini.

“Hari ini saya tak tahu berapa hari bulan, pukul 12 tengahari, saya stop (berhenti),” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok, hari ini.

Dalam video tersebut, pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, itu menangis teresak-esak sambil sesekali terdiam menahan kesedihan.

Advertisement

Pelakon yang menceburi arena lakonan sejak kecil itu turut berharap orang yang menganiaya anaknya mendapat balasan.

“Aniaya anak yang belum baligh, hidup awak takkan tenang sampai bila-bila dan berdosa. Itu saja yang saya boleh cakap.

“Allah Maha mendengar dan Allah tak pernah kejam, Allah sayang,” luahnya yang sudah menangis dalam tempoh lama hingga matanya kelihatan membengkak.

Di ruangan rata-rata netizen kesiankan Fatin Afeefa malah ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada pelakon tersebut kerana bersimpat melihatnya menangis teresak-esak seperti sudah lama memendam perasaan sakit.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel