Connect with us

Global

Model dan Bintang TV Prancis, Marine El Himer Peluk Islam

Bintang dan model terkenal Perancis, Marine El Himer mengumumkan dirinya sudah memeluk Islam dan berkata detik-detiknya kini merupakan hari paling gembira dalam hidupnya.

Difahamkan, Marine sudah memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu dan langsung tidak mendedahkannya kepada umum sehinggalah pada Rabu lalu.

Marine berkongsi berita gembira itu melalui laman Instagram miliknya dengan memaparkan beberapa foto dan video saat-saat penghijrahannya kepada agama Islam.

Imbas kembali kira-kira empat hari yang lalu, Marine memuat naik video saat-saat indah dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan imam di sebuah masjid.

Advertisement

Marine yang lengkap bertudung dan berjubah hitam menutupi seluruh anggota badannya ketika itu berjaya melafazkan kalimah suci tersebut dengan lancar dan fasih.

Dalam perkongsian kali pertama itu, Marine meluahkan daripada sudut hatinya bahawa jalan penghijrahannya itu adalah satu detik yang ‘baharu’ buat dirinya.

“Terdapat jalan yang perlu anda lalui bersendirian. Tiada kawan, tiada keluarga, tiada pasangan. Hanya awak dan Allah.

“Sebahagian daripada anda mengetahuinya tapi masih ramai yang bertanya soalan (tentang penghijrahan ini).

“Walaupun saya berasa terpelihara setelah setelah berhijrah, saya tidak pernah mengisytiharkannya secara rasmi bahawa saya sudah memeluk Islam beberapa bulan yang lalu,” katanya.

Advertisement

Himer dipaparkan dalam rancangan televisyen realiti ‘Les Princes et les Princess de l’Amour’ (‘Putera & Puteri Cinta’) di Perancis.

Dia juga berterima kasih kepada pengikutnya atas sokongan dan kebaikan mereka.

dia dilahirkan pada Julai 1993 di Bordeaux, selatan Perancis, berketurunan Maghribi-Mesir dan mempunyai saudara kembar bernama Oceane El Himer.

Difahamkan Marine merupakan salah seorang model, bintang Instagram dan pempengaruh media sosial (influencer) yang terkenal di Perancis sehingga diikuti lebih 1.5 juta pengikut (follower) di Instagram.

Media Perancis melaporkan bahawa Himer dibesarkan dengan bapa tirinya, menjalankan beberapa penyelidikan tentang bapa kandungnya dan dari mana mereka berasal untuk masa yang lama,dan memeluk Islam dalam tempoh ini.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel