Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya akan mempertimbangkan pengeluaran RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dituntut rakyat pada masa ini, sekiranya pihaknya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).
Calon kerusi Parlimen Pagoh itu bagaimanapun berkata, walaupun cadangan itu tiada dalam senarai (manifesto) PN Best yang diumumkan, pihaknya akan cuba melaksanakannya jika rakyat memberi mandat penuh kepada PN di PRU15.
“Ada yang minta ‘Abah’ benarkan pengeluaran KWSP. Tiada dalam manifesto dulu dan sekarang, insyaAllah bilamana kita menang dan antara perkara yang kita akan lihat balik semula ialah tentang KWSP bersasar.
“Namun kita perlu melihat berapa banyak baki dalam akaun individu yang memohon tadi.
“Ini perkara yang penting, kita akan beri pertimbangan yang sebaik-baiknya. InsyaAllah bila mana kita akan menjadi kerajaan,” katanya.
“Kalau kita lihat yang dahulu, kita dah benarkan berapa kali… I-Sinar, I-Lestari… walaupun awalnya agak sukar tapi lepas itu dipersetujukan,” katanya menjawab soalan peserta pada dialog selepas melancarkan Tawaran PN BEST bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran, di Shah Alam.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI