Bayi, ibu cedera dihempap pokok ru ketika berkelah di Pantai Puteri

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dan ibunya cedera selepas dihempap sebatang pokok ru yang tumbang ketika berkelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling dalam kejadian 6.30 petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi berkata semasa kejadian, kedua-dua mangsa sedang duduk di kawasan berkenaan dengan bayi tersebut sedang didukung oleh ibunya manakala dua lagi anaknya serta suami sedang mandi-manda di pantai.

“Tiba-tiba sebatang pokok ru tumbang menghala ke laut menyebabkan ranting dan dahan pada bahagian tengah pokok menghempap kedua-dua mangsa. Dahan pokok itu menghempap belakang kepala ibu bayi tersebut menyebabkan mereka tersembam ke pasir.

“Mangsa kemudiannya dibantu oleh orang ramai dengan mengalihkan dahan pokok tersebut termasuk mengorek pasir sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka oleh ambulans,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Advertisement

Ketika kejadian Tuminah bersama calon Barisan Nasional (BN) Tangga Batu Datuk Lim Bang Hong sedang menyantuni pengunjung di sekitar lokasi sebelum dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian tersebut pada 6.45 petang.

Katanya, bayi tersebut didapati mengalami kesesakan nafas akibat tersembam ke pasir dan setakat ini masih menerima rawatan.

Sementara itu, Tuminah berkata kejadian pokok tumbang bukanlah pertama kali berlaku sebaliknya sudah kerap terjadi memandangkan usia pokok berkenaan sudah melebihi 20 tahun di samping berlaku hakisan pantai.

Katanya, walaupun kerja-kerja cantasan dilakukan secara berkala oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) namun faktor akar pokok ru yang tidak mempunyai akar tunjang menyebabkan ia tidak kukuh seperti pokok lain.

“Saya sudah meminta MBMB agar menebang sebahagian pokok yang sudah tua dan tidak lagi kukuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Advertisement

“Pada masa sama, kita juga bercadang untuk menutup sementara pantai bagi aktiviti perkhemahan memandangkan musim hujan pada ketika ini boleh membahayakan pengunjung,“ katanya.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh ketika dihubungi berkata bayi berkenaan masih diberi rawatan untuk menstabilkannya dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

5 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

7 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago