Connect with us

Kemalangan

Empat Sekeluarga Maut Nahas Dua Kenderaan

ALOR GAJAH 13 Nov (Bernama) — Empat sekeluarga maut, seorang cedera parah manakala seorang lagi selamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyata Estima yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda (4×4) di Simpang Tiga Jalan Kolam Machap, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada 7.45 pagi itu, Ibrahim Daud, 71, bersama isterinya, Latipah Dorahim, 66, dan menantu, Syazana Tharin, 30, serta cucu lelaki, Yusuff Daniel Muhammad Izwan, 5, maut akibat cedera parah di bahagian kepala.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki yang juga anak Syazana berusia kira-kira dua tahun parah dan kini sedang dirawat di zon merah Hospital Melaka, manakala pemandu MPV yang juga anak lelaki Ibrahim, Muhammad Izwan, 30, tidak cedera dan pemandu 4×4, Koh Eng Koon, 59, mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata siasatan awal mendapati enam beranak tersebut dalam perjalanan dari arah Selandar menghala ke Alor Gajah, manakala 4×4 jenis Toyota Land Cruiser itu pula dalam perjalanan dari arah Durian Tunggal menghala ke Selandar.

Advertisement

Katanya ketika kejadian, 4×4 dipandu keluar dari simpang dan membelok ke kanan sebelum MPV tersebut cuba mengelak daripada merempuh kenderaan pacuan empat roda itu.

“MPV tersebut cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun merempuh juga 4X4 terbabit.

“Akibat kemalangan itu, Ibrahim maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi iaitu Latipah, Syazana dan seorang anaknya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya jenazah empat beranak itu dihantar ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat.

“Maklumat awal mangsa menyatakan mereka dalam perjalanan ke Langkawi untuk menyambut hari jadi Ibrahim,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau berkata pemandu 4×4 ditahan pada 11 pagi di Balai Polis Trafik Alor Gajah selepas menerima rawatan pesakit luar di hospital sama, untuk keterangan lanjut.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati pemandu tersebut negatif dadah, manakala kedua-dua kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan Pusat Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel