Connect with us

Global

Gempar Lelaki Disahkan Meninggal Dunia Kembali Hidup Semula

Tular di media sosial baru baru ini mengenai seorang lelaki yang disangka meninggal dunia dipercayai hidup semula dalam kejadian di Bogor, Indonesia.

Memetik Kompas.com, video yang dimuat naik di Instagram memperlihatkan jasad lelaki tersebut sudah siap diletakkan di dalam sebuah keranda.

Bagaimanapun, suasana bertukar huru-hara selepas jenazah yang disangka meninggal dunia didapati masih bernyawa.

Susulan itu, lelaki yang merupakan penduduk Rancabungur, Kabupaten Bogor, Jawa Barat itu segera dibawa ke Hospital Besar Bogor untuk rawatan lanjut.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah Hospital Besar Bogor, Ilham Chaidir berkata, sewaktu tiba di hospital, lelaki itu berada dalam keadaan sedar.

“Keadaan pesakit yang kini berada di wad dilaporkan semakin pulih dan masih dalam pemantauan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya tidak akan bertanggungjawab ke atas kes itu kerana ia berada di luar tanggungjawab mereka.

Terdahulu, jenazah disahkan meninggal dunia di salah sebuah hospital di wilayah Jakarta.

Sumber: Kompas.com

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel