Connect with us

Kemalangan

Cas Telefon Guna Wayar Basah, Lelaki Warga Bangladesh Ditemui Maut

Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui ‘kaku’, dipercayai kerana mengecas telefon menggunakan wayar yang basah sehingga terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Negeri Sembilan semalam.

Lapor Sinar Harian, difahamkan renjatan elektrik tersebut menyebabkan dada mangsa melecur sehingga ditemukan maut dalam keadaan terbaring oleh penyelia di rumahnya.

Jirannya mengesahkan kematian mangsa yang berusia 40-an itu selepas melihat dadanya mempunyai kesan melecur akibat renjatan elektrik.

“Saya tengok mangsa dah tak sedarkan diri dengan bahagian dadanya terdapat kesan melecur yang dipercayai disebabkan renjatan elektrik dan berhampirannya terdapat wayar pengecas telefon.

Advertisement

“Saya terus menghubungi bomba dan polis untuk melihat keadaan mangsa dan pegawai perubatan yang tiba ke lokasi mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia,” katanya.

Jirannya berkata demikian selepas dihubungi oleh wartawan Sinar Harian pada semalam.

Katanya, kematian berkemungkinan berlaku semasa mangsa menggunakan wayar pengecas yang basah ketika mengecas telefon.

Dalam pada itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat dan kes tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Jirannya turut berkata, mangsa difahamkan tinggal bersendirian di negara ini dan dia juga merupakan seorang lelaki yang baik selain rajin pergi ke masjid.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel