Connect with us

Politik

Muhyiddin Yakin Peroleh Bilangan Sokongan Mencukupi Sebagai PM Ke-10

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkeyakinan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan baharu.

Dalam pada itu, Muhyiddin menerusi kenyataan rasmi berkata gabungan tersebut turut membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 10.

“Sebagai pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA sebagai Perdana Menteri ke-10 seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” memetik kenyataan itu.

Difahamkan Muhyiddin mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan pasca PRU15 pada pagi tadi.

Advertisement

“Beliau telah memaklumkan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga telah menyatakan kesediaan ahli-ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai PM ke-10.

“Beberapa orang ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama,” katanya lagi.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel