Connect with us

Politik

Parti Komponen BN Turut Desak Ahmad Zahid Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Pemimpin-pemimpin parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) turut mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai pengerusi gabungan itu susulan prestasi hambar BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dalam satu kenyataan hari ini mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN secara terhormat susulan parti itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid.

Chong berkata seorang pemimpin baharu perlu mengambil alih pucuk pimpinan BN dalam menentukan hala tuju parti.

Beliau dalam masa yang sama berkata, MCA juga terkejut dan kecewa atas keputusan Ahmad Zahid menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan malam ini.

Advertisement

“Pada masa keadaan politik negara masih tidak stabil dan tidak menentu selepas PRU15, keperluan Mesyuarat Dewan Tertinggi adalah amat terdesak untuk membincangkan situasi politik terkini dan membuat keputusan BN sebagai satu blok.

MCA mengambil pendirian yang tegas bahawa tiada mana-mana pihak yang berhak mewakili BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik tanpa mandat daripada Dewan Tertinggi BN,” katanya, menambah pemangku Pengerusi BN perlu memanggil Mesyuarat Dewan Tertinggi dengan kadar segera.

Berkongsi sentimen yang sama, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan K Raven Kumar berkata sudah tiba masanya Ahmad Zahid berundur daripada memimpin BN.

“Berundurlah dengan hormat demi kelangsungan parti. Tindakan ini akan memberi peluang untuk BN pulih dan kembali relevan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Raven Kumar berkata rejuvenasi dan perubahan dalam kepimpinan BN harus dilakukan dengan kadar segera.

Advertisement

“Majoriti anak muda berpandangan bahawa BN masih dalam cengkaman ‘warlords’ serta kluster mahkamah. Ini jelas menunjukkan bahawa generasi muda inginkan sebuah kerajaan yang bersih dan dapat memberi tumpuan hanya kepada kesejahteraan rakyat berbanding ketidak tentuan politik,” katanya.

PRU15 yang diadakan semalam menyaksikan BN mencatat prestasi terburuknya apabila hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen daripada 178 kerusi yang ditandingi wakil gabungan itu. Ia jauh lebih teruk berbanding PRU14 apabila dalam pilihan raya yang diadakan pada 2018 itu menyaksikan gabungan itu menang di 54 kerusi Parlimen. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel