Connect with us

Politik

PN sedia kerjasama dengan mana-mana parti untuk bentuk kerajaan, kecuali PH

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti yang dapat menerima prinsip dan perjuangan gabungan itu dalam membentuk kerajaan yang bersih dan stabil kecuali dengan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyididn Yassin berkata susulan kemenangan 73 kerusi Parlimen setakat ini dan kejayaan membentuk kerajaan negeri di Perlis, PN akan berbincang dengan pimpinan parti-parti dari Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

“Andaikata kita berjaya bentuk kerajaan bersama dengan parti yang sehaluan dengan PN, tumpuan PN adalah untuk melaksanakan semua tawaran ‘PN Best’ yang dikemukan kepada rakyat semasa tempoh berkempen,“ katanya pada sidang media di Pusat Media Utama PN, di sini awal pagi ini.

Manifesto PN iaitu “PN Best’ yang bertemakan Prihatin, Bersih, Stabil mempunyai 50 tawaran utama yang jelas menunjukkan bahawa PN bertekad dan komited dalam membasmi rasuah di Malaysia.

Advertisement

Menerusi manifesto itu PN bukan sahaja perlu membuat aku janji antirasuah, tetapi mereka juga akan menjalani tapisan ketat dan jika terdapat calon yang disiasat oleh SPRM, mereka tidak akan dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Ditanya adakah PN sedia untuk bergabung dengan Barisan Nasional, beliau berkata perkara itu akan diserahkan kepada kebijaksanaan pimpinan parti dengan mengambil kira semua faktor termasuk suara, pandangan dan situasi tertentu, namun jawapan itu disambut laungan daripada para penyokong yang menolak perkara itu dengan teriakan “Tolak Zahid, Tolak BN”.

Disoal mengenai adakah PN mahu bergabung dengan PH bagi membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga, Muhyiddin berkata “Bukan dengan PH”.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berterima kasih kepada pengundi yang memberi sokongan padu terutamanya pengundi muda yang membolehkan PN mencapai kejayaan luar jangka.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon-calon yang menang, dan berterima kasih dan penghargaan kepada jentera parti yang berkerja keras dan memberi komitmen serta semangat juang yang tinggi hingga PN menang, luar jangka,“ katanya.

Advertisement

Muhyiddin turut memaklumkan pihaknya telah menerima surat daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan akan memuktamadkan perkara-perkara yang dititahkan sebelum petang esok.

“Kandungan surat tidak perlu saya dedah, Yang di-Pertuan Agong telah memberikan kepada kita perkara-perkara yang perlu kita sempurnakan mengikut kehendak Yang di-Pertuan Agong.

Perkara ini kita mengambil langkah secepat mungkin bermakna sebahagian daripada perbincangan akan kita lakukan esok dan harap dapat dimuktamadkan sebelum petang esok, insya-Allah,” katanya dan menambah gabungan itu akan mematuhi setiap perkara yang dititahkan Seri Paduka Baginda. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel