Connect with us

Politik

Radzi menang Parlimen Putrajaya, tewaskan Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menang di kerusi Parlimen Putrajaya dengan majoriti 2,310 undi.

Beliau yang memperoleh 16,002 undi menewaskan penyandang empat penggal kerusi itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dari Barisan Nasional (BN) yang mendapat 13,692 undi.

Empat lagi calon kerusi itu iaitu Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz dari Pakatan Harapan mendapat 5,988 undi, manakala Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang) meraih 878 undi.

Dua calon Bebas Lim Fice Bee pula memperoleh 20 undi, manakala Samsudin Mohamad Fauzi meraih 63 undi.

Advertisement

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Putrajaya Shamshul Joehari Zainal Mokhtar di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 di sini.

Ini merupakan kemenangan pertama Radzi, 45, dalam PRU, selepas kalah ketika bertanding di Parlimen Ketereh pada PRU14 yang lepas.

Ditemui pemberita selepas pengumuman itu, beliau berkata ini merupakan kemenangan untuk semua warga Putrajaya dan jentera PN yang telah bekerja keras dalam PRU15.

“Terima kasih kepada semua pengundi, ini kerja keras untuk pastikan misi yang dianggap mustahil berjaya… ia era baharu Putrajaya,” katanya.

Parlimen Putrajaya, yang merupakan kawasan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mempunyai pengundi berdaftar berjumlah 42,881 orang.-Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel