Connect with us

Politik

Pemimpin Umno Kedah letak jawatan

ALOR SETAR: Datuk Othman Aziz (foto) hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah sebagai mengambil tanggungjawab moral susulan kekalahan BN khususnya parti itu di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Othman, yang tewas di Parlimen Jerlun, turut mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk dan teruk parti serta BN.

“Kita telah mencuba sehabis baik dan kita menerima ini adalah satu penolakan mutlak orang-orang Melayu terhadap UMNO ketika ini maka sudah tentulah kita merasakan kita memerlukan satu rombakan ataupun baik pulih dari segi kepimpinan UMNO.

“Jadi saya menggesa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO berfikir secara terbuka dan berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Advertisement

Beliau juga berkata pengundi khususnya orang Melayu telah memberikan satu petanda yang cukup jelas dalam PRU15 bahawa mereka tidak menggemari gaya dan cara pemimpin UMNO mengemudi parti itu.

Pada PRU15 semalam, BN tewas di kesemua 14 kerusi Parlimen yang ditandingi di Kedah. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel