Connect with us

Politik

Pasca PRU15: Zahid Hamidi nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO sepertimana didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu dan rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan… Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini,” kata Ahmad Zahid yang turut memuat naik kenyataan media berkenaan dalam Facebook beliau.

Kenyataan media dengan kepala surat BN Malaysia bertarikh 22 Nov itu turut mendakwa satu mesyuarat tergempar diadakan semalam dihadiri pemimpin utama parti komponen BN yang membuat beberapa keputusan termasuk menentukan sokongan kepada gabungan yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Advertisement

Kenyataan media itu turut mendakwa keinginan Ahmad Zahid untuk meletakkan kedua-dua jawatannya dalam parti atas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memangku kedua-dua jawatannya sehingga pemilihan UMNO Januari 2023.

Pada PRU15, BN hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (82), Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu manakala Bebas (dua). – BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel