Connect with us

Politik

UMNO sokong kerajaan perpaduan, tapi bukan diketuai oleh PN

Umno menyokong Barisan Nasional mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional.

Keputusan dibuat selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan.

Pemimpin BN pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH, dan dengan gabungan PN semalam.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Ahmad Maslan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi, yang berlangsung lebih empat jam di Menara Dato Onn.

Advertisement

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Keputusan untuk menyokong kerajaan yang bukan diterajui PN itu “bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.”

Dalam pada itu, semua wakil Umno yang memenangi kerusi Parlimen akan mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan Agong.

Sebelum ini, Pengerusi PN mengisytiharkan ia menolak cadangan Agong yang mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, MKT menyokong Zahid menerajui BN sebagai pengerusi.

Advertisement

Perkembangan ini menyusuli undi tidak percaya terhadap Zahid sebagai pengerusi BN oleh presiden MCA, MIC, dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Di sebalik desakan dalam Umno sendiri, MKT mengumumkan ia sebulat suara menyokong Zahid sebagai presiden.

Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 21-24 Disember, tambahnya.

Sumber: FMT

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel