Connect with us

Jenayah

Gara-gara gagal jawab ujian lesen kenderaan e-hailing, lelaki mengamuk guna sabit

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengamuk di hadapan pejabat syarikat e-hailing di Sungai Way, Selangor pada Rabu lalu berikutan tidak dapat menjawab ujian permohonan lesen kenderaan e-hailing.

Bagaimanapun suspek yang bersenjatakan sabit ditahan polis selepas pihak berkuasa itu menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu yang dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya telah ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan

“Hasil siasatan awal juga mendapati kejadian telah berlaku di Sungai Way dan semasa kejadian suspek memegang sebilah sabit bersaiz 14 sentimeter panjang dan merosakkan harta milik syarikat e-hailing tersebut.

Advertisement

“Hasil soal siasat awal yang dijalankan terhadap suspek akhirnya mengaku terlibat dalam kes mengamuk dengan sabit di hadapan pejabat e-hailing itu.,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, tiada orang mengalami kecederaan dalam insiden itu dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, semakan rekod jenayah lampau mendapati lelaki yang berusia 24 tahun itu tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Sumber:Malaysia Gazette

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel