Connect with us

Global

Perogol bersiri sempat ‘flying kick’ sebelum perkosa mangsa

BANGKOK – Seorang perogol bersiri ditangkap buat kali kelima selepas menyerang dua wanita secara seksual di bandar Ubon Ratchathani, rantau Isaan pada Jumaat lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Bekas banduan bernama Pathanin Jen, 41, ditahan polis atas kesalahan itu selain didakwa terlibat dalam beberapa kes kecurian di Isaan.

Rakaman kejadian menyaksikan Pathanin menyerang dua remaja perempuan pada Ahad, 20 November lalu di hadapan Taman Awam Tung Sri Mueng, Ubon Ratchathani, lapor akhbar MGR Online.

Mangsa kejadian, Noi, 18 dilihat memasuki kawasan tempat letak kenderaan sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) sebelum menaiki motosikalnya.

Advertisement

Pathanin menyerang Noi dari belakang dengan menendang kepalanya menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikal. Suspek terus menendang mangsa beberapa kali sehingga dia tidak sedarkan diri.

Dia kemudian mengheret mangsa ke satu sudut dan terus membelasahnya ketika tubuh mangsa kaku tidak bergerak. Suspek kemudian membawanya ke sebuah rumah terbiar dan memperkosanya.

Noi melaporkan kejadian itu kepada pegawai Balai Polis Ubon Ratchathani setelah berjaya melarikan diri. Polis menyerbu rumah suspek pada 25 November lalu dan menemui mangsa seterusnya.

Mangsa kedua, Nid, 18, memberitahu polis bahawa dia dalam perjalanan dari wilayah utara untuk menemui teman lelakinya di bandar Sisrakate. Dia bertemu Pathanin secara kebetulan di Terminal bas Ubon Ratchathani pada 22 November lalu.

Pathanin mendakwa dia mengenali teman lelaki Nid dan mahu membawanya ke rumah lelaki itu. Mangsa sebaliknya dibawa ke rumah suspek, diperkosa dan dikurung selama empat hari sebelum ditemui polis.

Advertisement

Pathanin mengaku memberi ubat pelali kepada Nid supaya dia tidak dapat melarikan diri. Selain dua kes rogol, Pathanin mengaku bersalah mencuri tiga motosikal, topi keledar dan pakaian seragam pengawal keselamatan.

Menurut polis, Pathanin pernah dipenjara empat kali kerana mencuri dan menyerang orang awam sebelum dibebaskan pada pertengahan tahun ini. Dua mangsa terbaharunya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. – Agensi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel