Connect with us

Jenayah

Padah Lacur Isteri Nak Setel Hutang Sendiri, Pegawai Bank Dijel 10 Tahun

Padah menjual isteri untuk eksploitasi seks, seorang pegawai bank dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Datin Surita Budin selepas tertuduh yang berusia 35 tahun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan.

Difahamkan, kesalahan itu dilakukan suspek di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 30 Oktober lalu.

Susulan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Advertisement

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman ringan dikenakan ke atasnya dengan alasan telah insaf serta sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan atas kesalahan hidup atas wang hasil daripada persundalan isterinya.

Saya memohon hukuman penjara berjalan serentak dan hukuman yang sama iaitu tujuh tahun penjara, kalau mahkamah putuskan (hukuman penjara) lebih daripada itu saya mohon digantikan dengan sebatan.

Saya juga mohon isteri dapat dikeluarkan daripada pusat perlindungan supaya keluarga dapat aturkan dia pulang ke Sabah.

Selain itu, tertuduh turut memohon agar mahkamah menyerahkan semula tiga barang rampasan iaitu kunci rumah, kunci kereta dan telefon bimbit.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah ditangkap oleh pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas disyaki menjadi ejen serta ‘transporter’ dalam menguruskan aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan mengeksploitasi seks.

Advertisement

Hasil siasatan mendapati tertuduh yang merupakan suami kepada mangsa melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Julai 2022 bagi tujuan menyelesaikan hutang yang ditanggung.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel