Connect with us

Politik

Datuk Seri Zahid Hamidi Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa & Wilayah

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kewujudan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah julung kali diadakan setelah mengambil kira penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan.

Anwar juga memaklumkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah pula sebagai Menteri Komoditi.

Pengumuman itu dibuat oleh Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas di Bangunan Perdana Putra sebentar tadi. Pada pagi tadi Anwar Ibrahim juga dilaporkan telah persembahkan senarai tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara.

Advertisement

Ini Senarai Penuh Jemaah Menteri Baharu Bagi Kerajaan Perpaduan

Sumber: Harian Metro, Utusan Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel