Connect with us

Kemalangan

Disyaki terjatuh dari tingkat 12, ibu tunggal ditemui maut

Mayat seorang wanita ditemui berlumuran darah oleh orang awam di Taman Melaka Raya, dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah hotel.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam pada jam 10.52 pagi yang memaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Banda Hilir kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan kepalanya berlumuran darah.

Semakan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hotel menunjukkan, mangsa bukan tetamu masuk ke premis itu kira-kira jam 10.23 pagi. Mangsa naik ke tingkat 12 dan selepas minit kemudian, mangsa dipercayai terjun dari koridor laluan ke bilik hotel.

Advertisement

Siasatan awal mendapati, mangsa adalah seorang ibu tunggal berusia 55 tahun bekerja sebagai penjual produk kesihatan. Namun, mangsa kehilangan kerja selepas negara dilanda Covid-19, menyebabkan wanita itu mengalami masalah kewangan.

Pemeriksaan di lokasi kejadian, tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel