Connect with us

Kemalangan

Tanah Runtuh: PM, TPM, Menteri Akan Turun Pantau – Fahmi

PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri akan turun memantau lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang berlaku awal pagi ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan disampaikan sendiri kepadanya oleh perdana menteri ketika dihubunginya pagi tadi.

“Sebelum kami masuk ke dewan (perhimpunan kementerian pagi ini), saya sempat bercakap sebentar dengan perdana menteri dan memang telah dikerahkan beberapa menteri untuk turun ke lokasi, timbalan perdana menteri akan susuli dan insya-Allah perdana menteri akan susuli malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat Tahun Baharu ketika perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau turut menghentikan seketika perhimpunan berkenaan untuk bertafakur bagi mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel