Connect with us

Politik

Mukhriz: Pejuang terima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerima keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berundur daripada jawatan Pengerusi parti berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Muhkriz Mahathir berkata seluruh anggota Majlis Eksekutif Pusat dan ahli parti serata negara menyanjung tinggi jasa, pemikiran, tunjuk ajar dan kepimpinan Dr Mahathir sepanjang memegang jawatan Pengerusi.

“Penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ayahanda Tun. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalas jasa beliau kepada kami,“ katanya dalam satu kenyataan, di sini. hari ini.

Terdahulu dilaporkan Dr Mahathir, yang merupakan bekas Perdana Menteri, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Pejuang, parti yang ditubuhkan pada Ogos 2020.

Advertisement

Sementara itu, Mukhriz berkata Pejuang akan meneruskan perjuangan, legasi dan semangat Dr Mahathir demi agama, bangsa dan tanah air.

Pejuang juga, katanya, akan berusaha memastikan daya pemikiran dan cara kepimpinan Dr Mahathir yang berteraskan prinsip dan nilai budaya murni diteladani generasi pewaris perjuangan beliau.

“Walaupun telah berundur sebagai Pengerusi, Tun kekal sebagai ahli Pejuang. Kami percaya Tun akan terus memberi pandangan membina dan kritis terhadap masa depan Malaysia sebagai seorang Negarawan unggul.

“Itulah yang diharapkan oleh semua penyokong Tun termasuk seluruh warga Pejuang selama ini,“ katanya. – Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel