Connect with us

Sukan

Argentina muncul juara tundukkan Perancis, julang Piala Dunia selepas 36 tahun

Argentina akhirnya menamatkan penantian selama 36 tahun untuk menjulang trofi Piala Dunia dengan mengatasi Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Ini selepas kedua-duanya terikat 3-3 sehingga 120 minit perlawanan.

Kejayaan turut menyaksikan pasukan bimbingan Lionel Scaloni itu menamatkan dominasi 20 tahun pasukan Eropah.

Perlawanan di Stadium Lusail tersebut memperlihatkan skuad ‘La Albiceleste’ bermula garang dengan dua gol dihadapan pada babak pertama.

Advertisement

Masing-masing disumbangkan penyerang Lionel Messi dan Angle Di Maria.

Perancis yang turun selaku juara edisi 2018, bangkit dari ketinggalan menyamakan kedudukan dalam masa seminit menerusi penyerang, Kylian Mbappe 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Aksi dramatik itu memaksa perlawanan diheret ke waktu tambahan dengan Messi sekali lagi menjadi penyumbang gol ketiga.

Manakala Mbappe menjaringkan gol hatrik dua minit sebelum perlawanan tamat.

Kedudukan seri 3-3 kekal sehingga tamat masa tambahan memaksa penentuan melalui sepakan penalti.

Advertisement

Penentuan sepakan penalti menyaksikan Messi dan Mbappe mudah menyempurnakan penalti mereka.

Bagaimanapun, malang bagi Perancis apabila Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan, sebelum kemenangan Argentina dimuktamadkan oleh sepakan penalti Gonzalo Montiel.

Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam ciapan ringkas di laman Twitter sejurus tamat perlawanan, menyifatkan pertembungan kedua-dua pasukan malam ini sebagai perlawanan akhir Piala Dunia terbaik.

“The best #FIFAWorldCup Final ever,” tulisnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel