Pelbagai Pihak Tampil Sumbang Makanan Untuk Anjing Pengesan K9

BATANG KALI — Ketangkasan anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini sehingga ada yang terpaksa direhatkan kerana kelesuan mengundang simpati banyak pihak.

Hari ini beberapa pihak tampil menyumbang 16 beg makanan sebagai tanda sokongan dan menghargai kelibat wira tak didendang itu dalam mengharungi cabaran lumpur tebal, lecak atau hujan sepanjang SAR berlangsung.

Daripada 16 beg makanan yang diterima, lapan daripadanya disumbangkan oleh orang awam, enam beg oleh Jabatan Veterinar Negeri Pahang dan dua lagi disumbangkan oleh Hills Pet Corner Sdn Bhd.

Selain itu, pasukan Veterinar Cheras juga telah hadir di lokasi kejadian bagi memberi rawatan kecemasan kepada anjing-anjing pengesan jika memerlukan.

Advertisement

Terdapat 11 ekor anjing pengesan terlibat dalam operasi SAR dengan enam daripadanya milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, empat milik Polis Diraja Malaysia dan seekor daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Bermuka bengis, bersifat garang dan mempunyai deria bau yang tajam, kehadiran anjing pengesan ini telah banyak membantu pasukan penyelamat di medan pencarian dan antara kejayaan terbesar ialah menemukan enam mayat pada hari pertama SAR.

Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

14 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago