Connect with us

Terkini

Tentera Darat Hantar Tambahan Lapan Trak Bantu Mangsa Banjir Di Pantai Timur

KUALA LUMPUR — Tentera Darat hari ini akan menghantar tambahan lapan trak ke Terengganu dan Kelantan bagi membantu dalam penghantaran bekalan makanan dan pemindahan mangsa banjir di kawasan yang tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata jumlah itu membabitkan enam trak tujuh tan dan dua trak lima tan.

Beliau berkata pada masa ini, 21 pegawai dan 388 anggota tentera telah dikerah di Terengganu bersama 14 trak pelbagai jenis, enam bot tempur berserta enjin dan pelbagai peralatan tambahan perairan serta alat hubungan komunikasi.

“Di Kelantan pula melibatkan 38 pegawai dan 825 anggota tentera bersama 14 trak pelbagai jenis, tujuh bot tempur berserta enjin serta pelbagai peralatan tambahan perairan dan alat hubungan komunikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurutnya tentera darat amnya dan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat khususnya akan sentiasa memantau secara dekat situasi banjir yang melanda negara ketika ini dan bekerjasama dengan semua agensi di negeri lain untuk membantu mangsa bencana itu.

“Tentera Darat sentiasa bersiap sedia pada sepanjang masa demi menjaga keamanan dan keselamatan negara serta sedia membantu dalam apa juga situasi sekiranya diperlukan, selain peka terhadap bencana banjir yang melanda negara pada setiap tahun,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Hafizuddeain berkata Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat selaku formasi yang bertanggungjawab di seluruh Semenanjung telah mengatur gerak trup (pasukan) aset bagi membantu mangsa di kawasan terjejas sejak 7 Okt lepas.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat kawasan banjir di pantai timur meminta agar tambahan aset Angkatan Tentera Malaysia digunakan bagi menyelesaikan isu logistik dalam membantu mangsa dan penghantaran barang keperluan ke lokasi terjejas.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel