Connect with us

Terkini

Tanah Runtuh Batang Kali: Seorang Anggota APM Pengsan Dipercayai Keletihan Dalam Operasi SAR

Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat SAR pada hari ini pengsan dipercayai akibat keletihan susulan cuaca panas semasa operasi dijalankan.

Menurut perkongsian Bernama, anggota APM tersebut telah terlibat dalam operasi SAR yang sudah memasuki hari kesembilan pada hari ini. Operasi yang bermula pada jam 8 pagi tadi sehingga kini masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan dan pertemuan terkini.

“Seorang anggota APM yang terlibat dalam operasi SAR hari kesembilan, hari ini pengsan dipercayai akibat keletihan,” tulis muat naik dari Bernama tersebut.

Operasi SAR tersebut menfokuskan kepada pencarian seorang lagi mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali tersebut.

Advertisement

Setakat ini seramai 33 mayat mangsa telah dikenal pasti oleh kaum keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas terbabit.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lepas setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.

Berikut adalah senarai nama berserta jantina dan umur mangsa yang terkorban:

Eng Huai Yi (perempuan, 12)
Eng Choon Wen (lelaki, 43)
Ka Kok Bun (lelaki, 43)
Ka Sin Ya Vanya (perempuan, 6)
Fong Choy Kee (perempuan, 43)
Daniel Khor Yen (lelaki, 5)
Chin Su King (perempuan, 36)
Lai Chee Sam (lelaki, 33)
Lai See Tin (perempuan, 33)
Jonas Lai Ze Kai (lelaki, 2)
Giselle Lai Yu Xi (perempuan, 6)
Tong Kai En (lelaki, 9)
Lai Lee Koon (perempuan, 44)
Wong Kim Yap (lelaki, 34)
Wong Zi Hang (lelaki, 1)
Gain Choo Yin (perempuan, 35)
Wong Hao Yee (perempuan, 6)
Tai Jing Kay (lelaki, 7)
Tai Jing Rou (perempuan, 4)
Yu Siew Pay (perempuan, 34)
Tai Chang Lin (lelaki, 35)
Lim Wei Xin (perempuan, 36)
Hong Mei Jing (perempuan, 38)
Nurul Azwani Kamaruzaman (perempuan, 31)
Lai Lee Yin (perempuan, 37)
Zech Loh Qi Yi (lelaki, 7)
Lam Sook Man (perempuan, 37)
Liu Pei Si (perempuan, 44)
Ng Chay Diok (lelaki, 67)
Ng Yee Tong (perempuan, 11)

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel