Connect with us

Global

Pelarian Rohingya Mendarat Di Indonesia Selepas Sebulan Terkandas Di Laut

JAKARTA — Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad selepas pertubuhan kemanusiaan menuntut agar mereka dibenarkan mendarat selepas terkandas di lautan selama sebulan, lapor dpa.

Agensi berita Antara melaporkan bahawa 57 lelaki Rohingya tiba di pesisir pantai Aceh dan sebahagian daripada mereka dilaporkan sakit.

Mereka berada di dalam kapal dengan berbekalkan makanan dan air yang sangat sedikit dan 20 orang dilaporkan maut ketika dalam perjalanan, menurut UNHCR.

“Sangat menyedihkan apabila mengetahui bahawa ramai orang telah kehilangan nyawa mereka termasuk kanak-kanak.

Advertisement

“Tahun ini turut menyaksikan jumlah korban antara yang tertinggi di rantau ini,” kata Pengarah UNHCR untuk Asia dan Pasifik, Indrika Ratwatte dalam satu kenyataan.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel