Connect with us

Jenayah

Nak alihkan bungkusan atas kereta namun tiba-tiba meletup, tukang masak dilapor maut

Seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dikata dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.

“Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

Advertisement

“Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Farouk berkata, letupan itu juga mengakibatkan bahagian hadapan kereta mangsa terbakar.

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran akibat letupan itu.

“Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Sejak jam 9.30 malam hingga setakat 1.30 pagi tadi, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Advertisement

Turut berada di lokasi ialah pasukan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pemusnah Bom (URB) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

Sumber: BH Online

@malaysianupdatenews Nak alihkan bungkusan atas kereta namun tiba-tiba meletup, tukang masak dilapor maut.😱 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ Minimal for news / news suspense(1169746) – Hiraoka Kotaro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel