Connect with us

Terkini

Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup Dua Minggu

GEORGE TOWN, 2 Jan (Bernama) — Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini yang sebelum ini tular kerana cara penyediaannya tidak bersih diarah tutup selama dua minggu kerana tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengerusi Jawatankuasa Agro-Tech dan Keselamatan Makanan, Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata gerai itu diarah tutup bermula hari ini dan notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pengusaha pemilik gerai melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Notis penutupan itu dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut di sini, selepas melakukan pemeriksaan di gerai tersebut pada jam 10 pagi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, pegawai penguatkuasa BKKM yang menjalankan pemeriksaan itu turut mengeluarkan kompaun RM500 ke atas gerai itu kerana tidak menyediakan persekitaran yang bersih kepada pelanggan ketika diperiksa.

Advertisement

Difahamkan pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan penebar roti canai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum sambung menebar roti.

Ekoran video itu, warga net mengecam tindakan pekerja tersebut kerana tidak menjaga kebersihan kedai apabila hanya membiarkan sahaja telur yang pecah di dalam bekas.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel