Connect with us

Hiburan

“Ingat Saya Nak Hidung Macam Ni Ke? Dah Macam B*Bi Tonyok” – Zarina Zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin berang dengan tindakan netizen yang mendakwa dirinya telah melakukan pembedahan untuk membuat hidung.

Difahamkan perkara itu mula menjadi bualan hangat di kalangan orang ramai selepas pelakon berkenaan tampil untuk mempromosikan festival makanan di Singapura pada baru-baru ini.

Susulan daripada pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya, Zarina tampil menerusi satu video di Instagram bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

Katanya, dia telah membaca pelbagai komen yang diberikan oleh orang ramai yang jelas tidak mengetahui tentang keadaan dirinya tetapi sudah menuduh dengan bermacam-macam tohmahan.

Advertisement

“Saya sebenarnya ada masalah sinus (resdung) yang teruk dan juga migraine sampai kadang saya rasa nak buka tudung je sebab sakit sangat kepala sampai nak hantuk ke dinding. Jadi saya dah jumpa doktor dan sudah buat pembedahan serta keluarkan bendalir yang dekat sini (di bahagian pipi).

“Jika dilihat nampak ia ada kesan dekat sini, jadi hidung saya ni dia dah buka dan buang. Ingat saya nak hidung macam ni ke? Hidung saya dah cantik dah dulu,” katanya dalam video tersebut.

Ujarnya, masalah sinus (resdung) yang dihadapi ini turut membuatkan dia mengalami sakit kepala sehingga tidak boleh bercakap dan rasa seperti .

Maka pembedahan itu dilakukan adalah bagi tujuan perubatan selain turut menegaskan orang ramai yang tidak mengetahui hal sebenar agar tidak memberikan komen sesuka hati.

“Yang tidak tahu menahu jangan komen sesuka hati ya, jangan sesuka hati, yang komen tu jumpa aku dekat akhirat nanti. Jangan sesuka hati ya,” jelasnya.

Advertisement

Aktres itu dalam masa sama turut menunjukan beberapa kawasan yang dikatakan masih lagi bengkak dan perlu bersabar untuk menunggu ia sembuh sepenuhnya.

Menerusi kapsyen, Zarina juga memaklumkan bahawa masalah yang sama turut dihadapi oleh anak lelakinya, Azal namun tidak sanggup untuk melakukan pembedahan dan hanya memakan ubat sahaja.

“Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya tolong doakan saya.. sedapnya cakap hati orang terluka korang boleh ketawa ya.”

Melihat di ruangan komen, ramai termasuk selebriti yang bersimpati dengan perkara yang menimpa pelakon berkenaan selain turut mendoakan agar dirinya kembali sihat seperti sebelum ini.

@malaysianupdatenews Tak baik siapa kata Zarina Zainuddin bukan buat hidung ya. Sinus dan migrain jangan di buat main, boleh buat kita jadi cepat marah juga.😔 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #sembangentertainment ♬ original sound – Malaysian Update

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel