Connect with us

Global

Jalinkan hubungan seks dengan banduan, 3 Pegawai Penjara Wanita dijatuhi hukuman penjara

Tiga pegawai penjara wanita dikenakan hukuman penjara selepas didapati menjalinkan hubungan sulit dengan banduan di penjara terbesar United Kingdom (UK).

Jennifer Gavan, 27, Ayshea Gunn, 27, dan Emily Watson, 26, menjalinkan hubungan sulit dengan banduan di mana pesalah lelaki dewasa Kategori C dipenjarakan.

Gavan mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan di penjara Berwyn, antara April dan Julai 2020 dengan menjalinkan hubungan tidak sepatutnya bersama banduan Alex Coxon yang kini berusia 25 tahun.

Dia juga dituduh menerima rasuah £150 (RM797) untuk menyeludup telefon bimbit ke penjara dan berkomunikasi dengan Alex melalui telefon yang dipegang secara haram.

Advertisement

Sementara itu, Gunn yang berusia 27 tahun turut dijatuhkan hukuman penjara selepas dia menjalinkan hubungan seksual dengan banduan, Khuram Razaq, 29, pada tahun 2019.

Banduan terbabit disifatkan sebagai ‘berbahaya’ dan sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun kerana terbabit dalam konspirasi rompakan.

Watson juga dikenakan hukuman penjara kerana melakukan hubungan seks dengan banduan yang disukainya di dalam sel pada Hari Krismas.

Banduan berkenaan dikenali sebagai John McGee, berusia 26 tahun yang sedang menjalani hukuman penjara selama lapan tahun kerana memandu secara berbahaya.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara berkata, majoriti besar kakitangan perkhidmatan penjara bekerja keras dan berdedikasi. Pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangannya yang didapati melanggar peraturan.

Advertisement

Lebih 500 kakitangan di Penjara Berwyn telah menjalani latihan pencegahan rasuah dalam tempoh 18 bulan lalu dan tahap keselamatan turut dipertingkatkan bagi melindungi penjara dari sebarang percubaan menyeludup masuk barang terlarang ke dalam.

Sumber: Daily Star

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel