Connect with us

Jenayah

Kejam, kanak-kanak OKU dibunuh, disumbat ke dalam guni sebelum dibuang dalam semak

Tindakan gila seorang lelaki membelasah seorang kanak-kanak kurang upaya berusia 6 tahun yang merupakan anak kepada kekasihnya berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui maut.

Menakutkan, mayat kanak-kanak malang itu dicampak di kawasan semak sebelum mayatnya ditemui di Kampung Kranji, di sini.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian menyedihkan ini dipercayai berlaku kira-kira lima hari sebelum ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya pada 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang menjalankan siasatan membuat tangkapan terhadap lelaki berusia 35 tahun kira-kira 3 petang semalam.

Advertisement

“Hasil soal siasat, suspek memberitahu memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga tidak bernyawa sebelum membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan semak.

“Pihak polis dipandu suspek kemudian dibawa ke tempat kanak-kanak itu dibuang pada 6.45 petang semalam, dan ibu mangsa mengesahkan identiti anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ibu kanak-kanak itu berusia 34 tahun juga ditahan untuk siasatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan secara rapi dan profesional,” katanya.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel