Connect with us

Terkini

Pemandu Bas Naik Angin Halau Pelancong Asing ‘Go Out, Ini Malaysia’

Tular sebuah video memaparkan situasi tegang yang dilalui seorang pemandu bas di Malaysia ketika bertugas membawa sekumpulan pelancong ke destinasi tujuan. Berlaku pertengkaran mulut membabitkan pemandu bas dan pelancong asing dipercayai berbangsa Arab tersebut.

Lelaki itu dianggap biadap apabila meletakkan kakinya di atas kepala kerusi bas di tempat duduk hadapannya.
Perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang. Susulan daripada itu, pemandu bas berkenaan telah menegur lelaki terbabit namun lain pula yang jadinya apabila individu itu tiba-tiba naik angin sebelum mengeluarkan perkataan kesat.

Tidak tahan dengan sikap biadap pelancong terbabit, pemandu bas menghalaunya keluar namun seorang wanita dilihat cuba menenangkan keadaan yang tegang itu sambil memberi isyarat supaya lelaki berkenaan bersabar.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kurang senang dengan tindakan pelancong Arab terbabit. Namun mereka juga memuji pemandu bas yang berani dan lantang bersuara menegur sikap biadap individu terbabit.

Advertisement

Sumber: TikTok Rico Sibarani

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel