Connect with us

Global

66 disahkan maut pesawat terhempas di Nepal

Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad.

Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini, lapor Bernama.

Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu.

Advertisement

Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.

Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas “kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.”

“Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan,” menurut ciapannya di Twitter.

Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu.

“Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan,” menurut misi itu.

Advertisement

Sementara itu tular di media sosial sebuah video memaparkan detik terakhir suasana di dalam sebuah penerbangan Yeti Airlines sebelum pesawat itu terhempas dan mengorbankan 68 nyawa.

Dalam rakaman video tersebut, sekumpulan lima rakan didengari ketawa ketika melakukan penstriman live di laman Facebook ketika pesawat tersebut hampir mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Nepal.

Rakaman video tersebut memaparkan Sonu sedang merakam pemandangan di luar tingkap sambil seorang rakannya didengari berkata: “Sangat seronok”.

Pesawat ATR-72 itu mendarat secara normal sebelum skrin video Sonu secara tiba-tiba bertukar menjadi warna jingga dan disusuli dengan bunyi jeritan ketika kabin pesawat dilihat seperti bergegar.

Bunyi hentaman turut didengari sebelum kabin pesawat terbakar.

Advertisement

“Sonu melakukan penstriman live di Facebook selepas berlepas ke Pokhara.

“Penstriman itu memaparkan Sonu dan rakan-rakannya dalam keadaan gembira sebelum api dilihat muncul dan penstriman langsung itu terhenti,” kata sepupu Sonu, Rajat Jaiswal.

@malaysianupdatenews 66 disahkan maut pesawat terhempas di Nepal. #malaysianupdate #newsattiktok #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ original sound – Jewel Prince

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel