Youtuber Aziz Al Ahmad Dilaporkan Meninggal Dunia

Youtuber terkenal Arab Saudi, Aziz Al Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada Khamis 19 Januari 2022 pada usia 27 tahun.

Aziz Al Ahmad juga dikenali dengan nama “Al Qazm”. Peminatnya dilaporkan bersedih dengan kematian Al Ahmad dengan mereka membanjiri laman sosialnya dengan ucapan takziah.

Al Qazm Dilahirkan di Riyadh pada tahun 1995, beliau mempunyai penyakit genetik dan gangguan hormon yang menyebabkan masalah pertumbuhan.

Rakaman tular dari sebuah hospital yang dikongsi secara meluas di media sosial memaparkan Al Qazm terbaring di katil hospital dalam keadaan hampir tidak bergerak.

Advertisement

Ketika seorang individu memintanya memberi mesej kepada peminatnya.

Dia menjawab, “Saya ingin memberitahu mereka bahawa saya sangat menyayangi mereka,” katanya.

Apabila ditanya sama ada dia berasa lebih baik, dia menjawab, “ya, saya rasa,” katanya.

YouTuber itu telah mendapat populariti yang meluas menerusi video komedinya, yang telah mengumpulkan ratusan ribu pengikut di platformnya dan meraih berjuta-juta tontonan.

Akaun TikToknya sahaja mempunyai lebih daripada 9.4 juta pengikut dan 83.1 juta suka, manakala saluran YouTubenya mempunyai lebih daripada 887,000 pelanggan.

Advertisement

Dia juga dilaporkan sangat popular di Snap Chat di mana halamannya telah menarik lebih daripada 2.7 juta pelanggan.

Walaupun data khusus tentang kekayaannya tidak diketahui umum, namun dipercayai dia telah memperoleh kekayaan yang banyak berikutan jumlah tontonan yang tinggi videonya yang diterima di pelbagai platform media sosial seperti Snapchat, TikTok, Facebook dan Instagram.

Siapakah Al Qazm alias Aziz Al-Ahmad?

Aziz Al-Ahmad mempunyai saluran Youtube dimana dia menyiarkan video kereta. Dia sangat sukakan supercar. Aziz Al-Ahmad dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 Januari lalu di sebuah hospital Arab Saudi.

Berita sedih ini dikongsikan menerusi pelbagai platform media sosial. Aziz Al-Ahmad meninggal dunia selepas genap usianya 27 tahun.

Advertisement

Aziz Al-Ahmad dilahirkan di Riyadh pada tahun 1995. Beliau merupakan seorang Youtuber terkenal. Ramai juga yang memanggilnya dengan gelaran Al-Qazm.

Masalah pembesaran yang dialaminya telah membantunya menarik perhatian orang ramai. Dia adalah seorang manusia kerdil berbangsa Arab yang mengalami gangguan hormon pertumbuhan. Video-video Aziz Al-Ahmad boleh ditonton menerusi salurannya di Youtube.

Wataknya sangat disukai penonton kerana selain dirinya yang bertubuh kecil, dia juga seorang yang suka membuat orang lain ketawa dengan karakternya. Inilah sebab mengapa dia mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai di media sosial.

Memandangkan dia seorang yang sangat popular di media sosial, berita kematiannya cepat tersebar di semua platform media sosial.

Sementara itu, berita kematiannya telah menjadi topik trending di sana dimana hashtag Aziz Al-Ahmad kini turut menjadi trending di Twitter, #Azizalahmad #Alqazm.

Advertisement
@malaysianupdatenews Innalillahiwainnailaihiraji'un..Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan org beriman. Al-Fatihah. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #global #fyp ♬ original sound – Jurnal Malaysia

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago