Connect with us

Terkini

Ketukan dalam kontena bongkar penemuan budak lelaki terperangkap 6 hari di Pelabuhan Klang

Kanak-kanak lelaki warga Bangladesh menggunakan bunyi ketukan untuk meminta tolong selepas terperangkap di dalam kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di Klang, Selangor pada Rabu lalu.

Kapal berkenaan dilaporkan telah berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu.

Menurut laporan Berita Harian, anggota Polis Bantuan Pelabuhan mendengar bunyi ketukan dari kontena tersebut sebelum mereka mengesahkan terdapat seorang budak lelaki di situ.

Berdasarkan siasatan, pihak berkuasa mendapati kanak-kanak itu dipercayai tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia diangkut ke dalam kapal dan berlepas dari pelabuhan.

Advertisement

Kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan turut menjalani proses dokumentasi.

Terdahulu video mengenai penemuan kanak-kanak itu tular di media sosial selepas dipercayai terkunci di dalam kontena berkenaan selama enam hari.

Video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota polis bantuan pelabuhan tersebut.

Sumber turut memaklumkan bahawa kanak-kanak itu sudah dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal sama pada Khamis.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel