Connect with us

Global

Wanita terkejut lihat suami yang sudah meninggal dalam video promosi restoran

LONDON: Seorang wanita mendakwa terlihat sosok tubuh suaminya yang sudah meninggal dunia pada 2014 dalam video promosi sebuah restoran.

Rakaman ditunjukkan Spice Cottage di perkampungan Westbourne, West Sussex di United Kingdom (UK) itu memaparkan beberapa pengunjung sedang menikmati hidangan dan diakhiri dengan tepukan untuk staf di premis berkenaan.

Lucy Watson yang keliru menerusi ruangan komen bertanyakan tentang waktu rakaman itu dibuat.

Komen itu dibalas restoran itu,“Hai Lucy, video ini direkodkan pada minggu lalu,” merujuk kepada tarikh klip tersebut dimuat naik di Facebook pada 16 Januari lalu dengan kapsyen ‘Tahun Baharu, mood baharu.

Advertisement

“Sejak beberapa minggu lalu, kami telah bekerja keras untuk memastikan pengalaman makan di restoran ini menjadi detik yang berharga’.”

Komen wanita itu bagaimanapun menerima lebih 100 respons daripada pengguna laman sosial tersebut yang turut saling bertukar teori tentang misteri kemunculan suami Lucy bersama anaknya.

Seorang pengguna media sosial juga mengaitkan kejadian itu dengan kisah John Darwin yang didakwa memalsukan kematiannya untuk penipuan insurans hayat setelah ‘menghilangkan diri’ dengan bot miliknya pada 2002. – Sinar Harian/Agensi

@malaysianupdatenews Seram pulak, mungkin mendiang suami dia ada kembar?😳 #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #global #fypシ ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel