Connect with us

Terkini

Sri Ram benar-benar faham tugas media, sentiasa sedia membantu

KUALA LUMPUR: Para pengamal media, khususnya wartawan yang sering membuat liputan mahkamah di sini, pastinya benar-benar terasa benar dengan pemergian bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru hari ini.

Editor Meja Mahkamah Bernama Suriati Sidek Ahmad berkata, mendiang banyak membantu wartawan semasa menjadi Hakim Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan, dan juga semasa mengendalikan kes sebagai peguam.

“Perkara yang amat diingat pastinya semasa mendiang menjadi Hakim Mahkamah Rayuan. Suaranya yang tegas pernah meminta kami, para wartawan yang duduk di galeri awam di mahkamahnya, supaya tampil duduk di tempat yang dikhaskan kepada peguam sekiranya tempat itu tidak diduduki sesiapa.

“Kamu wartawan tampil sini dan duduk di depan (tempat duduk peguam). Bagaimana kamu hendak menulis fakta dengan betul jika kamu menulis di atas riba semata-mata, tanpa meja,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata Sri Ram juga merupakan seorang peguam yang sering memberikan kerjasama dan membantu ramai wartawan yang kurang jelas mengenai sesuatu perkara yang dibangkitkan di mahkamah dalam kes yang dikendalikannya.

“Saya pastinya tidak dapat melupakan kata-katanya: ‘Yes young lady how can I help you’ semasa diminta memberi penjelasan mengenai kes kendaliannya selepas prosiding mahkamah,” katanya.

Berkongsi pengalaman yang sama, wartawan Bernama, Jocelyn Ann Dragon berkata Sri Ram amat disukai ramai, termasuk wartawan yang membuat liputan kes mahkamah, walaupun mungkin nampak begitu tegas, namun mendiang seorang yang baik hati.

“Sebagai peguam dan juga timbalan pendakwa raya kanan, Sri Ram sentiasa bersedia membantu wartawan yang memerlukan bantuannya bagi memberi penjelasan mengenai apa yang berlangsung dalam prosiding mahkamah,” katanya.

Mendiang juga memilik sisi lucu, malah ada ketika juga akan bergurau dengan pihak media,” katanya.

Advertisement

Seorang lagi wartawan Bernama, N.Sevagamy menggambarkan Sri Rami sebagai “Kamus Bergerak” dan boleh dirujuk pada bila-bila masa.

“Sekiranya saya ada sebarang soalan berkaitan undang-undang, Sri Ram sering menjadi orang pertama yang saya rujuk. Mendiang sangat baik hati, tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang perundangan.

“Apabila tokoh berumur 79 tahun ini melangkah masuk ke mahkamah, mendiang sering menjadi perhatian media, dengan ilmu pengetahuannya yang luas, dan perkara-perkara yang dibangkitkannya di mahkamah sering menjadi tajuk utama berita pada hari berkenaan.

“Beliau adalah ikon yang tiada galang ganti, dan pemergiannya bukan sahaja satu kehilangan besar kepada badan kehakiman tetapi juga kepada kita semua,” kata Sevagamy.

Bagi V. Anbalagan yang mengenali Sri Ram selama 20 tahun, katanya sebagai peguam, Sri Ram sangat banyak membantu memastikan wartawan memahami sesuatu perkara itu sebelum melaporkannya.

Advertisement

Beliau berkata Sri Ram akan memberikan dokumen berkaitan kepada wartawan dan mengambil inisiatif memberi penjelasan secara mudah.

“Beliau juga akan menjelaskan intipati penghakiman selepas mahkamah menyampaikan penghakiman yang agak rumit.

“Sebagai hakim, mendiang akan memastikan wartawan mendapat butir-butir penghakiman daripada setiausahanya secepat mungkin, bukan keesokan harinya.

“Beliau benar-benar memahami kerjaya wartawan. Walaupun selepas prosiding mahkamah diadakan dalam talian, mendiang banyak membantu dalam memberikan penghujahan bertulis sebelum perbicaraan sebenar bermula,” kata wartawan portal berita itu.

Wartawan The Edge Abdul Hafiz Mohammad Yatim pula berkata Sri Ram dikenali sebagai hakim yang mengiktiraf peranan media sebagai tonggak kekuataan keempat (fourth estate) dalam negara, dan akan melayan wartawan yang membuat liputan kes mahkamah atau ketika berada di dalam bilik mahkamah dengan penuh hormat.

Advertisement

“Apabila berada di mahkamahnya ketika mengetuai panel Mahkamah Rayuan, apabila melihat beberapa wartawan di galeri awam, mendiang akan meminta, atau membenarkan mereka duduk di tempat peguam di hadapan galeri awam jika kerusi itu tidak diduduki.

“Ketika membuat liputan kes mahkamahnya, dia tidak kisah untuk meluangkan masa tambahan bagi menjawab soalan wartawan dan menerangkan dalam bahasa mudah untuk difahami dan dilaporkan.

“Pemergiannya secara mengejut adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada badan kehakiman, dan kelompok bidang perundangan, tetapi juga kepada kami wartawan yang amat mengenalinya kerana mendiang juga akan menasihati kami secara peribadi untuk menjaga diri,” katanya. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel